PENGEMUMAN AWAM : “HOMEOPATHIC VACCINE”

Adalah dengan ini di maklumkan bahawa Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia(MPHM) dengan ini membuat penjelasan mengenai kedudukan sebenar produk diatas.

  1. Tiada produk Homeopathy yang diklasifikasikan atau dinamakan sebagai “Homeopathic Vaccine”.
  2. Tiada kilang ubat Homeopathy di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh pihak berkuasa negara mereka yang ada mengeluarkan produk bernama atau berlabel “Homeopathic Vaccine”.
  3. Tiada produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia diatas nama “Homeopathic Vaccine”.
  4. Tiada terdapat di dalam Farmakopia Homeopathy Standard mengenai produk yang bernama “Homeopathic Vaccine”.
  5. Tiada subjek cara pemberian “Homeopathic Vaccine” di dalam silibus pembelajaran pengamal Homeopathy di mana-mana pusat pengajian Homeopathy yang diiktiraf di dalam atau luar Negara.
  6. Tiada Negara di dunia yang menerima perubatan Homeopathy di dalam sistem kesihatan primer mereka yang mempunyai satu jadual pemberian “Homeopathic Vaccine”.

Konsensus Pertubuhan Homeopathy Antarabangsa yang mewakili pengamal Homeopathy yang diiktiraf dan pihak berkuasa negara yang mengiktiraf perubatan Homeopathy di dalam sistem kesihatan primer mereka termasuk MPHM menerima dan menggalakkan pemberian vaksin konvensional sebagai perlindungan untuk penyakit pencegahan vaksin.

Adalah tidak beretika jika terdapat pengamal Homeopathy yang menganjurkan kononnya pemberian “Homeopathic Vaccine” ini secara berjadual. Mereka sebenarnya telah mendedahkan pesakit kepada suatu keadaan bahaya yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa pesakit atau mungkin boleh mengalami kecacatan sepanjang hayat.

Hanya untuk mendapat pulangan keuntungan kewangan dengan membahayakan kesihatan dan nyawa pesakit adalah satu perbuatan yang amat tidak bertanggung jawab.

Kami menasihati orang awam agar menjauhi pengamal Homeopathy yang tidak beretika ini. Laporlah kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pengamal Homeopathy seperti ini.

Sekian terima kasih.

Zainul Azmi Bin Ahmad
Presiden  Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia