Perutusan Presiden

UCAPAN PRESIDEN SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MPHM KE 13.

Saya dengan rendah hati mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinnya kita sekali lagi dapat berkumpul untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan . Dan pada hari ini Mesyuarat Agung tahunan kita adalah untuk kali ke 13. Berkumpulnya kita pada setiap tahun adalah untuk menunaikan tanggongjawap kita sebagai ahli persatuan.Disamping itu kita dapat maklumat terkini mengenai pencapaian dan kemajuan , kita juga akan dapat mengetahui cabaran yang telah dan akan kita harungi sepanjang tahun lepas dan akan datang.

Semoga dengan ini ,MPHM akan dapat melakar dan mencorak strategi gerak kerja yang lebih ampuh,tersusun dan bertenaga didalam misi meletakan Homeopathy dan pengamalnya pada satu kedudukan yang dihormati dikalangan masyarakat perubatan dan juga pihak berkuasa .Malahan dengan kehadhiran kita, masyarakat dan rakyat Malaysia dapat meniatmati kesejahteraan kesihatan dan kualiti kehidupan yang lebih baik.
Tidak lupa juga kita pada sahabat dan saudara kita yg telah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada tahun lepas iaitu Almarhom Mohd Khan Subari,Mantan Setiusaha Agung Kehormat MPHM dan Mantan Setiausaha Agung Kehormat PPHBM dan juga Almarhum Hj Abd Rahman Hashim,Mantan Ahli Lembaga Eksekutif dan Mantan Presiden,PPHM.Tak lupa juga kpd semua pengamal homeopathy samaada ahli atau bukan ahli MPHM.Marilah kita sebagai tanda hormat bertafakur selama 1 minit dan bagi yg beragama Islam menghadiahkan AlFatehah.

Saya senantiasa memanjatkan doa pada Tuhan yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,agar MPHM senantiasa dilindungi dan dipelihara daripada segala anasir-anasir yang berniat dan bertindak buruk terhadapnya. Semoga bahtera MPHM,yg kita semua berada didalamnya akan selamat berlayar dilautan luas dan selamat sampai kedestinasi.
Sepanjang tahun lepas dan sebelum mesyuarat agung ini diantara pencapaian kita adalah:

 

1. Perlaksanaan Akta 756 – Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013.

Setelah mendapat perkenaan diraja pada 5 Febuari 2013 dan diwartakan pada 8 Febuari 2013, usaha sekarang adalah untuk melaksanakan akta tersebut dengan arahan YAB Menteri Kesihatan.

 

A. Pendaftaran Pengamal.

Diantara keperluan akta yg utama adalah semua pengamal homeopathy diwajibkan berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari. Adalah menjadi tanggong jawab MPHM memastikan setiap ahli MPHM berdaftar dengan Majlis PTK ini. Jangan ada yg tercicir. Ini bersesuai juga dengan peruntukan Akta tersebut.

Part XI- Transition Provision 63(1),(2),(3)

Daftar nama pengamal yg ada pada badan pengamal yg dilantik dianggap pendaftaran yg disimpan dan diselenggara dibawah seksyen 19 Register./ Daftar.

Saringan nama-nama didalam daftar MPHM akan dilakukan dalam masa 3 minggu didalam bulan April 2014.( Sepertimana terdapat didalam lampiran).

MPHM telah berusaha untuk memastikan agar fail peribadi setiap ahli dikemaskinikan. Hingga kini masih lagi terdapat ahli yg belum berbuat demikian. Ada juga yg belum lagi memperbaharui Sijil Amalan Tahunan 2014 dan mengesahkan sijil kelulusan homeopathy mereka.

Terdapat juga pemohon yg memiliki sijil kelulusan homeopathy selepas tarith Jun 2010. Perkara ini telah dibawa perbincangan dengan pihak BPTK,KKM. MPHM telah menjemput mereka melalui surat untuk satu sessi dialog pada hujung November 2013. Daripada 30 pemohon hanya 2 orang shj yg hadhir.

MPHM amat kecewa dengan sikap ini. Ada lagi 4 pemohon dalam kategori ini. Oleh kerana bilangannya kecil kita akan cuba lakukan yg terbaik.

 

2. Program CPD.

Progrem ini berjalan dengan baik dengan MPHM mempunyai cara kiraan mata tersendiri. Daripada 40 mata CPD kita telah kurangkan kepada 20 mata CPD. Ini adalah untuk disesuiakan dengan kiraan mata CPD untuk pegawai dagang.

Progrem CPD dan kiraan matanya akan disemak semula oleh pihak BPTK,KKM dan diselaraskan untuk semua badan pengamal yg lain. Ini akan diguna pakai bila akta di laksanakan.
Mesyuarat mengenai ini belum diadakan lagi.Kita baru sahaja selesai siapkan untuk pegawai dagang dulu.

Progrem CPD hendaklah diisi dengan pensyarah yg sudah terbukti kemampuan mereka.Samada dari luarnegara seperti Dr Farokh Master di CUCMS baru-baru ini. Atau daripada pensyarah berpengalaman dalam Negara. MPHM tidak mahu Malaysia dijadikan sebagai tempat lambakan pensyarah luar Negara yg rendah mutunya serta tidak dikenali dinegara asalnya. Ini akan merugikan pengamal kita sendiri serta akan mencipta satu persepsi dikalangan masyarakat homeopathy antarabangsa akan tidak bermutunya pengamal homeopath tempatan.

 

3. Mencetak Buku “ General Guideline for the Registration of Homeopathic Products” dan “ Kod Etika dan Kod Amalan Pengamal PTK “

MPHM telah di beri izin untuk mencetak kedua-dua buku tersebut oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari-KKM.

Dengan keizinan mencetak ini dengan kos ditanggong sepenuhnya oleh MPHM menunjukan betapa kepercayaan pihak KKM keatas kita.Lebih-lebih lagi ia diedarkan percuma kepada ahli MPHM,badan pengamal lain dan juga pihak berkuasa.

 

4. Homeopathic Research Papers(HRP).

HRP diterbitkan untuk meningkatkan amalan ahli MPHM kepada Evidence Based Medicine. Ini adalah satu anjakan paradigma yang besar. Amalan homeopathy bukanlah lagi satu amalan perubatan berdasarkan kpd pengalaman sahaja tetapi berasaskan bukti kukuh saintifik. Setakat ini kita telah dapat menerbitkan sebanyak 9 volume. Mulai edisi Febuari dan seterusnya kita akan jual pada harga RM20.00 sahaja daripada RM30.00 diatas permintaan ahli.
Ini juga akan menjadi satu sumber kewangan pada MPHM dengan sokongan ahli.

Utk makluman hadhirin ,MPHM adalah badan pengamal yg pertama menerbitkan research papers ini. Usaha kita ini telah mendapat banyak pujian daripada pihak berkuasa dan golongan akademik. Tetapi sambutan ahli masih lagi dingin atau suam sahaja. Ini boleh ditingatkan lagi. Yg mana telah memilikinya mendapat banyak manafaat didalam meningkatkan amalan mereka.

 

5. Penilaian Pengamal.

Satu kertas kerja sedang digubal untuk menilai pengamal homeopathy agar mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran minima. MPHM akan menyerahkan kertas kerja ini kepada pihak BPTK,KKM untuk penambahbaikan dan mendapat kelulusan mereka.

Dasar Grandfather dan Sunset Clause akan digunapakai.Pengamal sedia ada yg didapati kurang pengetahuan dan kemahiran akan ditingkatkan dengan kursus peningkatan atau melalui CPD sahaja.

 

6. Gelaran utk dipakai oleh pengamal homeopathy.

Gelaran utk pengamal PTK termasuk Homeopathy akan ditentukan oleh Majlis PTK mengikut Part V 29,Akta PTK 2013. Gelaran ini akan diwartakan dan menjadi gelaran resmi.

MPHM sedang mengumpul gelaran pengamal homeopathy diseluruh dunia yg telah diwartakan oleh Negara masing-masing untuk dipadankan disini.

Kita perlu merasionalkan kegunaan gelaran tersebut bersesuaian dengan latihan yang telah dijalankan serta tugas yg akan dilaksanakan.
Diantara gelaran yg dicadangkan adalah homeopath,homeopathician,homeopathic practitioner dan homeopathic doctor. Kita kena sedia maklum pengamal homeopathy sekarang terbahagi kepada 2 golongan besar. Iaitu pengamal homeopathy yg memiliki ijazah perubatan biasa dan homeopathy atau mereka yang memiliki kelulusan homeopathy drp institusi pengajaian tinggi yg diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan atau luar negara.Golonan ke-2,adalah mereka yang memiliki kelulusan Homeopathy daripada institusi pengajian tinggi yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan atau luar Negara.
Di Pakistan mereka memakai gelaran H/Dr. Di India hanya Dr sahaja. Dinegara lain hanya Homeopath sahaja.

Walau bagaimanapun kita perlu rasional dengan menambil kira kedudukan kelulusan pengamal sedia ada, lama masa pengajian dan tugas yg dapat mereka lakukan.

Proposal ini kita akan bentangkan pada Majlis PTK nanti.

 

7. GST- Goods and Service Tax.

Pada 24 Januari 2014. MPHM dan 7 badan pengamal yg lain telah hadhir pada satu sessi dialog dengan pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Kementerian Kewangan mengenai GST yg akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Jabatan Kastam dan Kementerian Kewangan bersetuju dengan cadangan badan pengamal ptk iaitu kita diletakan pada kategori ZERO RATE. Tak perlu caj tambahan pesakit 6% dan tidak perlu daftar sekiranya perolehan tahunan kita kurang daripada RM ½ juta. Ia akan disemak selepas 5 tahun. Kelulusan cadangan ini bergantung pada persetujuan Menteri Kewangan.

 

8. Graduan Pertama Homeopathy.

Pada tahun ini 2014, graduan sulung Homeopathy daripada CUCMS ,IPTS yg diiktiraf oleh MQA dan Kementerian Pendidikan akan menamatkan pengajian mereka pada Jun 2014.
Graduan sulung ini hanya 6 orang sahaja. Namun ia adalah satu pencapaian dan sejarah homeopathy di Malaysia.

Usaha kita drp tahun 2002 utk melihat sejarah ini berlaku adalah sesuatu yg amat membanggakan kita semua. Graduan yg berkelulusan ini akan terus bertambah daripada tahun ke tahun. Kumpulan ke 4 ,iaitu tahun pertama kursus ijazah homeopathy tahun ini sudah ada 25 orang pelajar.

Ini bererti generasi penyambung amalan homeopathy sudah berlaku. Ia akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang.MPHM perlu meningkatkan lagi iklan/kempen utk menambah pelajar baru.

Ada sebuah lagi IPTS di Pulau Pinang sudah memohon untuk menawarkan kursus ijazah homeopathy daripada MQA. Sekiranya IPTS ini berjaya, maka kita sudah ada 2 IPTS yg menawarkan kursus ini. Cadangan mereka ialah ambilan pelajar baru pada sessi Jun/Julai 2014.

Kita akan meningkatkan aktiviti pembelajaran ini dengan mencadangkan kursus perengkat pasca ijazah untuk pegawai perubatan serta health care practitioners yang lain. Bagi pengamal sedia ada rancangan untuk mengujudkan kursus sarjana homeopathy sedang dirancang. Sekiranya ini terlaksana, MPHM telah dapat meletakan Malaysia sebagai hab homeopathy rantau Asean. Sudah tentulah kita capai satu tahap yg amat cemerlang dalam pendidikan homeopathy. Usaha kearah ini sedang dirancang.

Generasi penyambung amalan homeopathy akan bertambah.

 

9. MPHM sebagai badan pengamal homeopathy yg mengawalselia semua aktiviti homeopathy.

Dalam Akta 756 ini pada Part V111 44 (1),(2),(3)(4). Majlis PTK boleh melantik badan pengamal sedia ada sebagai badan yg mengawal selia pengamal bagi pihak Majlis PTK.
“ The Council may ,if the practitioners of a recognised practice area may be better, efficiently and effectively governed by their own practitioner body, determine that the designated practitioner body shall be the governing body of the recognised practice area”

Oleh kerana itu MPHM perlu meningkatkan kecekapan pentadbirannya. Kita memerlukan dengan segera kakitangan tambahan sebagai Pegawai Tadbir, upgrade sistem pejabat,website dll. Semak semula perlembagaan agar ia lebih kemas dan memenuhi kehendak Akta 756. Ahli dan persatuan dibawah naugan MPHM perlu lebih professional. Mencari sumber baru kewangan bukan melalui derma.

Merialisasikan penubuhan MPHM Homeopathic Centre sebagai pemangkin MPHM Homeopathic Centre of Excellence.Membanyakan buku homeopathy bermutu terbitan ahli MPHM.Dan tidak kurang pentingnya program khidmat masyarakat.

Sekiranya ini usaha ini tercapai, kita sudah meletakan homeopathy pada tempat sepatutnya ia berada. Iaitu sebaris dengan sistem perubatan primier Negara.

Akhirkata saya mengambil kesempatn ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Lembaga Eksekutif Sessi 2012/2014 yg telah menyumbang tenaga,masa ,fikiran dan wang ringgit untuk bersama-sama memajukan MPHM dan Homeopathy.
Saya bagi pihak Ahli Lembaga Eksekutif mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun maaf daripada semua ahli MPHM sekiranya terdapat apa-apa kekurangan dan kekhilafan semasa pentadbiran kami.

Marilah kita sama-sama meningkatkan semangat setiakawan dan berusaha mencapai impian kita bersama.

Sekian.Terima kasih.

Zainul Azmi B Ahmad.
Presiden,
Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia.