Pengenalan

Continuing Professional Development (CPD)
Pembangunan Profesional Berterusan (PPB)

Pengenalan

Continuing Professional Development(CPD) adalah suatu progrem atau aktiviti pembelajaran berterusan sepanjang hayat sesuatu profesyen selepas seseorang itu telah tamat pengajian formalnya dan telah memasuki alam pekerjaan.Ia adalah untuk memastikan pengamal profesyen tersebut senantiasa mengekalkan prestasi mereka disegi meningkatnya pemilikan dan penguasaan ilmu ,kemahiran dan pengalaman terkini .Hanya dengan ini mereka dapat memberi khidmat yang berkualiti lagi cemerlang kepada masyarakat berpandukan Kod Etika dan Kod Amalan.Disamping menjaga nama baik profesyen yang mereka ceburi.

Homeopathy sebagai suatu kerjaya profesional perubatan komplementari perlu memastikan pengamalnya senantiasa berada ditahap prestasi optima didalam memberikan khidmat mereka kepada masyarakat.Hanya dengan ini barulah masyarakat akan mendapat manafaat dan akan terhasillah peningkatan kualiti kesihatan dgn kehidupan yang lebih selesa.

CPD ini juga dilaksanakan oleh badan-badan profesional yang lain seperti peguam,doktor perubatan,jururawat,akauntan dll.

 

Inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari yg di perkenalkan pada 2001 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah dengan jelas menghendaki pengamal PTK mengekal dan meningkatkan prestasi amalan mereka.

6.2 Education And Training.

    • Strategies
    • Introduction of Continuing Professional Development(CPD) as a requirement for practitioners.

Didalam Terma Rujukkan Badan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari dengan Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyatakan dan menjelaskan hal ini.

“Memastikan pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari menjalani pendidikkan professional yang berterusan (Continuing Professional Development) supaya mereka mendapat maklumat mutakhir dalam bidang amalan masing-masing.”

 

Perlaksanaan Progrem/Aktiviti Cpd Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia(Mphm).

Progrem CPD ini telah diperbincangkan sejak 2001 lagi.Namun ketika itu penumpuan diberikan utk mengubal Standard Dan Kriteria Pembelajaran Homeopathy . Ia bermula dari 2002,2003,2006 dan 2007 barulah standard dan kriteria dapat disempurnakan dan mendapat pengiktirafan daripada MQA dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Selepas itu MPHM pula perlu mencari IPTS yang sanggup menawarkan kursus ini.Hanya pada Ogos 2010 barulah kursus BHMS di tawarkan oleh Cyberjaya University College for Medical Sciences(CUCMS) selepas satu MOU dimenterai diantara pehak CUCMS dan MPHM pada April 2010.

Pada Oktober 2010 satu ‘ retreat’ telah diadakan utk mengubal semua progrem/aktiviti MPHM utk sessi 2010/2012.Diantara aktiviti pembelajaran yang telah digubalkan adalah progren CPD.

Program ini mengambil kira beberapa faktor penting untuk menjayakannya.Diantaranya:

  1. Kemampuan kewangan ahli.
  2. Kemampuan ahli utk menghadhiri.( masa dan tempat)
  3. Kemampuan ahli memahami kuliah didalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
  4. Kemampuan MPHM utk memyediakan pensyarah.
  5. Peruntukkan masa yg sesuai dan lain-lain.

Dalam erti kata yg lain progrem/aktiviti pembelajaran itu tidak mebebankan pengamal.

Perengkat awal ini ianya hanyalah bersifat ‘sukarela’ untuk membiasakan ahli dengan budaya pembelajaran serta kehidupan profesional yang baru..Pengeluaran Sijil Amalan Tahunan atau Annual Practicing Certificate (APC) pula diperkenalkan untuk mengetahui bilangan sebenar homeopath yg praktis didalam sebuah premis perniagaan. Justeru pengumpulan mata CPD tertentu (40 mata CPD) untuk setahun di perlukan untuk memperbaharui APC.

Namun perlaksanaannya tidak begitu lancar kerana tumpuan Lembaga Eksekutif diwaktu itu ialah utk menjayakan 1st ICHom 2011 pada 15-17 Julai 2011 di PWTC ,KL.

Pada pertengahan tahun ini CPD di perkemaskan lagi perlaksanaanya.Dengan tenaga kerja dan progrem yang lebih terator.

Namun bagaimamana pun ia masih lagi di perengkat ‘mengemas kini’ sementara menunggu Rang Undang-Undang T/CM diluluskan oleh Parlimen.Bila RUU T/CM sudah jadi Akta perlaksanaanya sudah menjadi mandatori/wajib.

Selepas Akta diluluskan ,mana-mana pengamal homeopathy yang ingin praktis atau membaharui APC mereka , perlulah mereka mencukupkan jumlah mata CPDnya.

 

Cara Perlaksanaan CPD

Utk melaksanakan aktiviti CPD hendaklah memenuhi 3 perkara.Iaitu:

  1. Penganjur/pengendali
  2. Proses dokumentasi kehadhiran aktiviti CPD
  3. Perkiraan mata CPD.

 

  1. Penganjur/Pegendali.

    Penganjur hendaklah terdiri drp mereka – mereka yg diiktiraf oleh pehak KKM,KPT atau badan berkuasa yg lain.Contoh pehak IPTA/IPTS, persatuan-persatuan profesional dan seumpamanya.

    MPHM sebagai badan pengamal yang dilantik dan diiktiraf oleh KKM juga boleh dan berhak mengendalikan aktiviti CPD.Persatuan Homeopathy anggota MPHM juga boleh mengendalikannya juga.

    Sekirannya persatuan Homeopathy anggota MPHM mengendalikannya , pengamal homeopathy ahli MPHM daripada persatuan yg lain juga boleh mengikuti atau menghadhirinya.

    Persatuan Homeopathy anggota MPHM perlu memaklumkan secara bertulis kpd pejabat sekretariat MPHM sekurang-kurangnya 30 hari sebelum aktiviti itu diadakan.

    1. Tenaga Pengajar.

      Penganjur perlu memastikan pensyarah/jurulatih/pembentang kertas kerja adalah terdiri daripada mereka yang cukup kompeten dengan subjek yang hendak dibentangkan.Kelulusan dan pengalaman mereka tidak boleh dipertikaikan.Ini penting untuk mengujudkan keyakinan hadhirin serta pemindahan maklumat/ilmu/kemahiran dapat disempurnakan dengan sebaiknya.

      Tajuk pembentangan juga perlu relevan dengan kehendak semasa dan juga kemampuan penerimaan hadhirin. Bahan rujukkan,cara persembahan pengajaran,dan bahan kuliah juga perlu yang cukup informatif .

    2. Tempat aktiviti CPD.

      Untuk aktiviti CPD yang menjadi Teras seperti kursus, seminar, konferens, bengkel – ia memerlukan tempat yg kondusif lagi selesa.

      Selain mudah diakses oleh peserta.

      Untuk aktiviti CPD yang Bukan Teras seperti lawatan sambil belajar,khidmat masyarakat,sukarelawan,menjadi ahli Jawatankuasa Persatuan,penulisan ,pembelian bahan rujukkan dan seumpamanya, tempat bukanlah kriteria yg utama.

    3. Bayaran/Fi.

      Sekiranya sesuatu aktiviti itu dikendalikan oleh pehak selain daripada MPHM,adalah hak penganjur mengenakan apa-apa bayaran yang munasabah. MPHM tidak akan mengambil apa-apa manafaat kewangan daripadanya.

    4. Sijil Kehadhiran dsbnya.

      Sijil kehadhiran atau apa-apa sijil berkaitan dgn aktiviti CPD yang dikeluarkan oleh Persatuan Homeopathy anggota MPHM perlu ada logo MPHM pada sijil mereka disamping logo persatuan mereka sendiri.

  2. Proses dokumentasi kehadhiran aktiviti CPD.

    Pengamal yang hadhir pada mana-mana aktiviti CPD perlu menyimpan bahan-bahan yang akan menjadi bukti kehadhiran mereka.Seperti resit resmi,sijil kehadhiran/penyertaan/penghargaan dan yg seumpama dengannya.

    Apabila sampai masa untuk mengisikan borang pembaharuan APC,mereka hendaklah mengisi aktiviti yg mereka telah hadhiri berserta salinan dokumen kehadhiran mereka atau apa-apa dokumen yang menunjukkan mereka telah menghadhiri,/ menyertainya.

  3. Perkiraan mata CPD.

    Aktiviti CPD terbahagi kepada 2 komponen. Iaitu:
     

    1. Aktiviti teras.

      Aktiviti CPD yang menjadi Teras adalah seperti kursus,seminar,konferens,bengkel dan sebagainya.Ia pula ada bertaraf antarabangsa, kebangsaan dan lokal.

    2. Aktiviti bukan teras.