Kata Aluan Presiden Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

1

Dengan rasa rendah hati, saya mengucapkan setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas keizinannya ,Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) dapat sekali lagi mengadakan Anugerah Pingat Emas Homeopathy ke 2 serta Mesyuarat Agung Tahunan MPHM ke 15 pada tahun ini. Lebih-lebih lagi majlis pada hari ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato Seri Dr Helmi B Hj Yahya Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Anugerah Pingat Emas Homeopathy adalah suatu anugerah tahunan dimana warga homeopathy tanah air memberi satu pengiktirafan kepada graduan terbaik program Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy/Bachelor in Homeopathy Medical Science (BHMS) daripada Cyberjaya University College of Medical Sciences(CUCMS).

Pengiktirafan ini adalah selain daripada merayakan suatu pencapaian akademik terbaik tetapi juga sebagai pendorong kepada semua graduan agar mereka dapat memberikan satu perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat di dalam kerjaya mereka yg baru. Anugerah ini juga membuktikan kerjasama yang baik sebuah badan pengamal yang dilantik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sebuah institut pengajian tinggi swasta mampu menjana satu program kerjaya baru untuk mengisi dan menjayakan rancangan besar kesihatan KKM.

Homeopathy di Malaysia sudah berusia 91 tahun. MPHM pula sudah wujud selama 16 tahun. Setiap tahun yang berlalu telah melihatkan kemajuan yang baik lagi konsisten. Ini semua adalah hasil daripada muafakat ,setiakawan dan perpaduan dikalangan ahli MPHM yg terdiri daripada pelbagai kaum. Tanpa semua ini tiada apa yang boleh kita capai.

Saya senantiasa memanjatkan doa agar Allah SWT memelihara dan meningkatkatkan perpaduan dan setiakawan yang ada dikalangan warga MPHM . Saya juga memohon kehadart Allah SWT agar mengerat dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dan kesefahaman diantara MPHM,CUCMS dan KKM demi untuk memberi perkhidmatan dan menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat sekelian.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Bersidang.

Terima Kasih.

Zainul Azmi B Ahmad
Presiden
Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia.