Kata Alaun YB Presiden CUCMS

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnianya diberi ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku ini sempena Majlis Anugerah Pingat Emas Homeopathy MPHM ke- 2 dan Mesyuarat Agung Tahunan MPHM ke- 15.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak jawatankuasa MPHM yang telah berjaya menghasilkan satu acara yang indah.

Homeopati adalah satu bentuk perubatan hilostik yang digunakan oleh lebih daripada 200 juta orang di seluruh dunia untuk merawat keadaan yang akut dan kronik. Ia adalah berdasarkan kepada prinsip ‘like cures like’ – dalam erti kata lain, bahan yang dalam jumlah yang kecil akan menyembuhkan gejala-gejala yang sama penyebabnya jika ia diambil dalam jumlah yang besar. Justeru itu, penerimaan masyarakat Malaysia dan dunia terhadap perubatan Homeopathy amatlah menggalakan.

Saya berharap dengan komitmen dan penglibatan MPHM sebagai penaung perubatan Homeopathy di Malaysia dapat memperkasakan lagi sains perubatan homeopathy di negara ini dan juga di tahap antarabangsa.

Acara bersejarah ini adalah untuk meraikan palajar-pelajar cemerlang Anugerah Pingat Emas Homeopati MPHM yang telah membuktikan kecemerlangan mereka di dalam bidang ini. Ini adalah graduan kumpulan ke -2 homeopati CUCMS yang telah mendapat ijazah mereka pada tahun 2015. Kejayaan mereka ini dengan secara langsung atau tidak langsung telah menaikkan nama CUCMS, sebagai satu-satunya university di Malaysia yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy (BHMS) dan MPHM sebagai satu badan yang menjaga integriti, keharmonian dan sinergi perubatan Homeopati seluruh Malaysia.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pucuk pimpinan dan seluruh warga MPHM yang telah sama-sama berusaha dengan gigih dalam menjayakan acara yang gemilang ini.

Sekian, terima kasih.

YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak

Presiden CUCMS