Perutusan Presiden

Marilah kita terlebih dahulu mengucapkan rasa syukur kita kepada Allah SWT yang telah melimpahkan kita dengan pelbagai nikmat rohani dan jasmani serta juga telah melancarkan dan memudahkan perjalanan MPHM. Pada hari ini usia MPHM sudah mencapai 12 tahun dan kita berkumpul di dewan ini pula akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MPHM ke 11.

Selama perjalan hidup MPHM kita telah melalui pelbagai ranjau, halangan dan cabaran samada yang datang daripada dalam MPHM itu sendiri mahupun yang datang daripada luar. Namun dengan berkat kesabaran, pengorbanan, kesetiakawanan dan komitmen di kalangan kita segala ranjau, halngan dan cabaran telah dapat kita lalui dengan selamat dan jayanya.

Ada di kalangan pendokong kita yang setia dan komited ini, kita ketahui dan mengenali mereka tetapi ada ramai lagi di kalangan mereka yang tidak mahu diri mereka dikenali. Pengorbanan, kesetikawanan serta komited mereka bukan mereka minta dihargai dan dibayar dengan apa-apa saguhati tetapi sekadar cukup dengan ucapan TERIMA KASIH.

Dalam perjuangan bukan sahaja ada yang pahit tetapi juga yang manisnya. Pencapaian kita selama 2 tahun kebelakangan ini amatlah memberangsangkan, iaitu :

  1. Menganjurkan ICHom 2011 dengan kerjasama TCDM, KKM
  2. Mengeluarkan Guideline for The Registration of Home

    opathic Products bersama BPFK, KKM

  3. Mengadakan kursus Basic Medical Science for T/CM practitioners bersama Cyberjaya University College for Medical Sciences
  4. Meningkatkan bilangan ahli kepada 417 orang (setakat 31/12/11)
  5. Bertambahnya anggota MPHM kepada 6 anggota (persatuan)
  6. Menganjurkan program khidmat masyarakat dengan kerjasama Yayasan Al-Jenderami di perkampungan Al-Jenderami, Dengkel, Selangor
  7. Berpindah ke pejabat baru di Ampang (lebih selesa dan besar)
  8. Dapat mengeluarkan kad ahli

Kalau kita lihat perkembangan Homepathy sedunia, kita akan dapati penerimaan masyarakt dunia terhadap Homeopathy amar menggalakkan. Di kawasan timur jauh ini, Homeopathy telah mula bertapak di Jepun, Korea, Hong Kong dan mula memasuki Negara China. Begitu juga di Benua Afrika dan Timur Tengah. Bahkan Negara Israel akan muncul sebagai Negara pengamal Homeopathy Berjaya di rantau itu. Banyak kajian saintifik Evidence Based juga telah dapat dihasilkan sebagai pembuktian kejayaan rawatan Homeopathy.

Namun begitu tekanan dan rintangan/halangan terhadap Homeopathy juga meningkat.Tekanan dan rintangan ini adalah dalam bentuk undang-undang da nada juga dalam bentuk propaganda media. Dalam bentuk undang-undang adalah dari segi Remedi Homeopathy dan kelulusan pengamalnya. Ada negara yang tidak membenarkan penggunaan Nosode dan Sarcodes. Ada Negara membenarkan penggunaan Nosode tetapi Nosode tersebut mestilah disterilkan terlebih dahulu. Syarikat Boiron di Amerika Syarikat baru-baru ini telah didenda USD 20 juta kerana disabit kesalahan pada salah satu daripada label produk ubat kombinasinya.

Dari segi kelulusan, pengamal Homeopathy mestilah mereka yang terlebih dahulu memiliki ijazah pertama jurusan perubatan biasa, baru boleh belajar Homeopathy.

Propaganda media adalah yang amat dasyat sekali. Semua jenis media digunakan untuk memburukkan Homeopathy. Adakalanya media ini menggunakan bekas pengamal Homeopathy untuk memburukkan Homeopathy. Seperti Prof. Edward Ernst, Prof of Complementary medicine at Exeter University. Di dalam Journal The Biologist, beliau mengatakan Homeopathy is not only biologically implausible but is potentially dangerous. National Helath and Medical Research Council Australia menyatakan Homeopathy is an unethical form or medical treatment…. It could be dangerous to the public.

Dan banyak lagi contoh seperti ini. Persatuan Homepathy di Negara yang terlibat mesti bekerja keras untuk menyelamatkan profesyen mereka.

Kita di Malaysia juga akan dilanda fenomena yang sama. Samada lambat atau cepat sahaja. Oleh kerana itu MPHM perlu merangka rancangan yang komprehesif untuk berhadapan dengan fenomena ini.

Rancangan ini perlu dihalusi perlaksanaannya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Saya namakan rancangan ini Tindakan Affirmative ke-2 (2012 ke 2017). Yang akan mengambil masa 5 tahun perlaksanaannya. Berdasarkan Rang Undang-undang TCM yang bakal dibentang di parlimen, Akta Perubatan 71, Akta Pendidikan dan lain-lain peraturan kerajaan sedia ada. Tindakan ini meliputi perkara berikut :

  1. Pengamal Homeopathy
    1. Pengamal Homeopathy

Memperkasakan pengamal Homeopathy sedia ada dan menyediakan mereka untuk National Qualifying Examination (NQE) dengan menyediakan:

      1. Kursus Basic Medical Science dengan kerjasama Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Kursus ini meliputi subjek General Human Anatomy, general Psychology, Bio Chemistry, General Pathology & Micro biology, Basic and Applied Nutrition, Environment Health and Hygiene, Pharmacology dan Phsychology.
      2. Kursus ini akan diadakan mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Pantai Timur, Zon Sabah & Sarawak mengikut masa yang bersesuaian dengan kehendal mereka. Harga kursus amat kompetitif.
      3. Meningkatkan kemahiran klinikal pengamal dengan mendedahkan mereka dengan latihan klinikal di Hospital Homeopathy luar negara.
      4. Mendapat tunjuk ajar daripada mentor yang berkelulusan dan berpengalaman serta persekitaran Hospital Homeopathy
      5. Menigkatkan program CPD dan Refresher Course.
    1. Bakal Pengamal Homeopathy/Pelajar

Menggalakkan pelajar Homepathy belajar di pusat pengajian Homepathy yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan MQA.
Keperluan sumber manusia yang terlatih dan berkelulusan dengan Homepathy amat perlu apabila dalam jangka mase pendek mahupun panjang. Kita memerlukan mereka untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pensyarah, pegawai di Kementerian Kesihatan, pegawai homeopathy di Unit Integrasi Perubatan Hospital Kerajaan terpilih dan semua Pusat Kesihatan Daerah Kerajaan (lebih dari 100 buah).

  1. Khidmat Masyarakat

Program ini amat penting kerana ia akan memperkenalkan Homeopathy kepada masyarakat disamping menigkatkan kemahiran pengamal dan memperkenalkan mereka kepada masyarakat. Sasaran ini adalah golongan berpendapatan rendah.

  1. Pusat Pengajian Homeopathy

Kempen menambah pelajar ke Kursus BHMS di CUCMS

  1. Penyelidikan

Mewujudkan sebuah Homeopathy Centre of Excellent, sebagai pusat rujukan rawatan, penyelidikan dan pengajaran. Menjalin hubungan penyelidikan dengan pusat penyelidikan kerajaan atau swasta samada dalam atau luar negara. Mengenengahkan penyelidikan berasaskan Evidence Base kepada semua pihak yang berkepentingan (stake holders).

  1. Media

Meningkatkan kemampuan website MPHM, membekalkan article Homeopathy kepada surat khabar dan majalah serta radio dan tv talk show.

  1. Dana Pembangunan

Merangka 1 pelan strategik untuk meningkatkan dana MPHM agar MPHM menjadi sebuah organisasi yang mampu menyara diri dan membangun tanpa bantuan mana-mana pihak.

  1. Menjalin Hubungan di Peringkat Antarabangsa

Ini penting kerana dengan jalinan ini kita akan mudah mendapat sokongan dan bantuan dari segi penyelidikan, pembelajaran dan latihan serta ia dapat mengukuhkan MPHM di arena Homepathy antarabangsa.

Seperti kata Denis Waitly :

“ EXPECT the BEST, PLAN for the WORST, PREPARE to be SURPRISE. We must shape the industry then to react to It ”

Saya amat berharap Ahli Lembaga Eksekutif yang bakal dilantik akan lebih dinamik, komited dan memiliki setiakawan yang teguh dan dapat menggerakkan MPHM secara tersusun dan berdisiplin.

Bagi AHLI dan ANGGOTA MPHM, kita amat berharap agar segala rancangan yang telah diatur dapat disambut dan dijayakan dengan bersungguh oleh semua. Agar matlamat kita akan tercapai dan hasilnya dinikmati oleh kita dan generasi kita akan datang.

Marilah kita jadikan perjumpaan kita di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini sebagai satu wadah untuk mencambah fikiran serta mencari kata sepakat secara matang dan harmoni di dalam kita mengatur langkah dan gerak kerja.

Selamat bersidang.
Terima Kasih